Wanita disyaki pecah rumah, curi diberkas

Salah satu gambar tular di Facebook mengenai aktiviti wanita terbabit yang aktif mencuri di sekitar kawasan Kota Setar.
Salah satu gambar tular di Facebook mengenai aktiviti wanita terbabit yang aktif mencuri di sekitar kawasan Kota Setar.
A
A
A

ALOR SETAR - Polis Daerah Kota Setar menahan seorang wanita tempatan berusia 24 tahun disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan mencuri di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, tangkapan dilakukan kira-kira jam 1.30 petang Rabu berdekatan Petronas Sultan Abdul Hamid.

Menurutnya, tangkapan itu dibuat berdasarkan hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, walau bagaimanapun tiada rampasan barang kes dibuat setakat ini.

"Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar pada Khamis untuk mendapatkan tempoh tahanan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, pada 1 November lalu, seorang lelaki membuat laporan polis berkaitan seorang wanita mencuri telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM4,000 di rumahnya di Taman Teratai Jingga di sini.

"Kemudiannya pada Rabu seorang lelaki juga tampil membuat laporan polis berkaitan wanita yang mencuri beg silang miliknya di Klinik Pergigian UTC, di sini.

"Beg berkenaan mengandungi pas kerja, tag nama, pengecas telefon bimbit, pengecas jam tangan dan ubat- ubatan," katanya.

Pada Rabu, seorang pengguna Facebook memuat naik beberapa keping gambar dan video berkaitan aktiviti wanita berkenaan yang aktif mencuri di sekitar bandar raya ini untuk perhatian penduduk setempat.

Artikel Berkaitan: