Lelaki maut motosikal terbabas dalam parit

Mangsa maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam parit di Kilometer 39, Jalan Klang-Teluk Intan di Kuala Selangor pada Rabu.
Mangsa maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam parit di Kilometer 39, Jalan Klang-Teluk Intan di Kuala Selangor pada Rabu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam parit di Kilometer 39, Jalan Klang-Teluk Intan di sini pada Rabu.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa berusia 25 tahun yang beralamat di Klang meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 itu dalam perjalanan dari Sungai Kapar Indah menuju ke tempat kerjanya di Kuala Selangor.

"Mangsa dipercayai menunggang motosikal dalam keadaan mengantuk lalu terbabas ke kiri jalan.

"Akibat hilang kawalan, motosikal terbabit masuk ke dalam parit berlumpur dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.

Ramli berkata, mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tanjong Karang bagi urusan bedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," jelasnya.

Artikel Berkaitan: