Rice tidak sertai England berdepan Albania, San Marino

Declan Rice
Declan Rice
A
A
A

PEMAIN tengah West Ham United, Declan Rice menarik diri daripada skuad England menjelang perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang Albania dan San Marino, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu.

The Three Lions yang menduduki tangga teratas Kumpulan I dengan 20 mata - tiga di depan Poland - daripada lapan perlawanan, melayan Albania sebelum bertandang ke San Marino untuk menamatkan kempen kelayakan.

"West Ham United mengesahkan Declan Rice telah kembali ke kelab daripada tugas antarabangsa bersama England kerana sakit.

"Dia kini berusaha pulih sebelum kembali menjalani latihan di Rush Green menjelang perlawanan Liga Perdana Hammers di Wolverhampton Wanderers," kata kelab itu dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa penyakit itu tidak berkaitan dengan Covid-19.

England berkata, The Three Lions tidak akan memanggil pengganti pemain berusia 22 tahun itu tetapi menambah pemain tengah Mason Mount dan bek kiri Luke Shaw masih belum menyertai skuad tersebut.

Rice, bermain 27 kali bersama England, menjadi pemain tetap di bawah pengurus Gareth Southgate sejak penampilan sulungnya pada 2019.

Dia bermain kesemua tujuh perlawanan England di Euro 2020 yang menyaksikan The Three Lions tewas di final kepada Itali.

Artikel Berkaitan: