X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

40 peratus individu tidak hadir janji temu dos penggalak

Khairy Jamaluddin
A
A

KUALA LUMPUR - Kira-kira 40 peratus individu yang menerima janji temu untuk vaksinasi dos penggalak di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) tidak hadir untuk menerima suntikan itu, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata. jumlah kemasukan ke hospital akan meningkat sekiranya bilangan mereka yang menerima dos penggalak itu kekal rendah.

“Jika pengambilan dos penggalak adalah rendah, khususnya dalam kalangan warga emas dan mereka yang mempunyai komorbiditi, jumlah kemasukan ke hospital akan meningkat. Ini sudah pasti,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa mereka yang menerima janji temu agar pergi mendapatkan suntikan dos penggalak itu bagi menguatkan imuniti dan perlindungan mereka terhadap Covid-19.

Pemberian dos penggalak bermula pada 13 Oktober lepas di seluruh negara untuk individu yang mendapat dos lengkap vaksin Covid-19 bagi memastikan imuniti yang diterima selepas dos lengkap dapat dikekalkan bagi tempoh optimum khususnya terhadap jangkitan varian Delta. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!