X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 25 Mei 2022

GPS akan kemuka sekurang-kurangnya 20 calon muka baharu

Abdul Karim - Foto fail Bernama
A
A

LUNDU - Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menampilkan sekurang-kurangnya 20 calon muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, calon muka baharu bakal terdiri daripada golongan belia dan mereka yang berpengalaman.

Beliau berkata senarai akhir calon akan diumum oleh Ketua Menteri merangkap Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Saya sendiri berada di dalam parti dan saya tahu kerusi-kerusi (Dewan Undangan Negeri) mana yang akan menyaksikan perubahan.

“Sekurang-kurangnya calon muka baharu tidak kurang daripada 20 orang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ziarah belia @ Tanjung Datu 2021 pada Rabu.

Pada 24 Oktober lepas, Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata gabungan itu akan bertanding di semua 82 kawasan PRN Sarawak.

GPS terdiri daripada PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP). - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!