Amanah tukang syarah DAP: Nik Abduh

Nik Abduh
Nik Abduh
A
A
A

IPOH - “Amanah ini kelahiran DAP... kerja dia tukang syarah,”

Itu reaksi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bagi mengulas kenyataan daripada pimpinan Amanah yang menyifatkan ‘pengisytiharan perang’ oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng mungkin merujuk kepada ‘perang politik.’

Menurutnya, kenyataan berkenaan sekali gus menambahkan lagi kenyataan-kenyataan pelik termasuk berbaur rasis yang dikeluarkan oleh pimpinan kerajaan hari ini.

“Dia pertahankan itu, maknanya benarlah apa yang kita kata bahawa Amanah ni tidak lebih daripada kelahiran, dilahirkan oleh DAP.

“Kerja dia adalah tukang syarah. Apa yang orang Islam tak faham mengenai DAP, dia tukang syarah,” katanya pada sidang media sempena Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Kangsar di Safari Resort Kuala Kangsar, hari ini.

Nik Abduh berkata demikian bagi mengulas kenyataan daripada Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan kerjasama UMNO dan Pas sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ terhadap masyarakat bukan Melayu di negara ini.

Dalam pada itu Nik Abduh yakin kerjasama Pas dan UMNO akan terus kukuh sehingga PRU15 kelak.

Justeru katanya, perkara berkenaan sekali gus dilihat menimbulkan ketakutan kerana kerjasama rapat ini akan membentuk sejarah baharu dalam politik Malaysia.

Artikel Berkaitan:

“Semua itu adalah ketakutan kepada yang saya sebut tadi iaitu sejarah baharu dalam politik malaysia iaitu kerjasama yang rapat.

“Kita juga yakin kerjasama ini akan semakin kukuh sehingga PRU15 kelak,” katanya.