Penganggur dipenjara enam tahun cederakan bapa dengan parang

Tertuduh, Mohd Firdaus Che Lahdipenjara enam tahun mengaku salah tetak bapa kandung dengan parang.
Tertuduh, Mohd Firdaus Che Lahdipenjara enam tahun mengaku salah tetak bapa kandung dengan parang.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Rabu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencederakan bapanya menggunakan parang dalam kejadian di Marang, pada Mei lalu.

Hakim, Nooriah Osman memerintahkan tertuduh, Mohd Firdaus Che Lah, 33, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada 1 Mei lalu.

Tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan cedera ke atas bapa kandungnya, Che Lah Awang, 78, menggunakan sebilah parang yang mungkin menyebabkan kematian, di kediaman mereka di Kampung Lama Seberang Marang, lebih kurang jam 9 pagi, pada 1 Mei lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu.

Tertuduh juga boleh dijatuhi hukuman penjara bagi suatu tempoh dua kali ganda tempoh maksimum yang mana tertuduh boleh dikenakan atas sabitan, bagi kesalahan mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: