UiTM, Universiti Haiphong meterai MoU secara maya

Majlis berkenaan disiarkan secara langsung di saluran YouTube Rasmi UiTM Cawangan Kelantan pada hari tersebut.
Majlis berkenaan disiarkan secara langsung di saluran YouTube Rasmi UiTM Cawangan Kelantan pada hari tersebut.
A
A
A

MACHANG - Satu Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Haiphong, Vietnam bagi membuka peluang kepada kedua-dua buah universiti untuk kolaboratif dalam pelbagai bidang termasuk perkongsian akademik, penyelidikan dan penerbitan.

Profesor Madya Dr Zulkifli Mohamed yang Menjalankan Tugas Rektor UiTM Cawangan Kelantan berkata, beliau mengharapkan sinergi tersebut membuka peluang lebih besar untuk kolaboratif antara dua buah buah universiti berkenaan.

"Memorandum ini akan membuka peluang luas kepada kedua-dua buah universiti untuk kolaboratif dalam pelbagai bidang termasuklah perkongsian akademik, penyelidikan dan penerbitan.

"Selain itu ia turut melibatkan pertukaran staf akademik dan pelajar, promosi peluang belajar, seminar, bengkel dan persidangan dalam bidang pendidikan dan latihan," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Majlis berkenaan disiarkan secara langsung di saluran YouTube Rasmi UiTM Cawangan Kelantan.

MoU berkenaan ditandatangani oleh Dr Zulkifli Mohamed dan Presiden Universiti Haiphong, Profesor Madya Dr Nguyen Hoai Nam.

Turut menyaksikan majlis berkenaan adalah Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Kelantan, Profesor Madya Ts Dr Ghazali Osman dan Timbalan Presiden Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Haiphong, Dr Nguyen Thi Thanh Nhan.

Mengulas lanjut, Dr Zulkifli memberitahu, memorandum itu membantu mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Vietnam dalam mencapai visi bersama untuk kecemerlangan berterusan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Universiti Haiphong merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang ditubuhkan dengan tujuan mengukuhkan kebolehan dalam bidang akademik dan penyelidikan di Vietnam.

"Sebagai usaha berterusan, universiti tersebut mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk pihak kerajaan Vietnam dan institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara untuk mewujudkan hubungan erat dan kerjasama dalam bidang akademik, budaya dan penyelidikan berimpak tinggi," katanya.