X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Banjir kilat landa Pulau Perhentian

Sebahagian penduduk Kg Pulau Perhentian keluar ke lokasi selamat setelah kediaman di naiki air jam 4 pagi pada Khamis.
A
A

KUALA TERENGGANU - Sebahagian penduduk di kawasan Kampung Pulau Perhentian terpaksa keluar ke lokasi lebih selamat setelah kediaman mereka dinaiki air akibat akibat banjir kilat awal pagi, pada Rabu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pulau Perhentian Mohd Zakuwan Mat Nasir berkata, air mula memasuki kediaman penduduk jam 4 pagi dan mula surut empat jam kemudian.

Bagaimanapun, katanya tiada penduduk yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ekoran keadaan beransur pulih jam 8 pagi.

"Kejadian ini bukan kali pertama. Ia pernah berlaku tahun lalu dan dipercayai berpunca daripada masalah saliran yang tersumbat.

"Saluran longkang yang tersumbat, pada masa sama hujan lebat menyebabkan air bertakung akan memasuki kediaman penduduk yang berada di kawasan rendah," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, kejadian banjir kilat itu menyebabkan sebanyak 20 kediaman dinaiki air.

Beliau berkata, air pasang besar, hujan lebat dan saliran tersumbat menyebabkan kediaman di kawasan rendah di situ dinaiki air.

"Keadaan cuaca pada masa ini hujan sederhana lebat dan air telah surut. Tiada PPS dibuka kerana keadaan telah beransur pulih.

"Penduduk setempat juga telah bergotong royong membersihkan kawasan longkang dan kediaman masing-masing," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!