Bekalan air di 13 kawasan KL pulih sepenuhnya

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Bekalan air di 13 kawasan terjejas di Wilayah Kuala Lumpur berikutan insiden paip pecah di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Kuala Lumpur pulih sepenuhnya pada Rabu.

Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataannya memaklumkan, bekalan pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari.

"Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini," kata kenyataan itu di Facebook Air Selangor pada Rabu.

Air Selangor dalam kenyataan sama memberitahu, pengguna disaran mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman web www.airselangor.com.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor.

Sebelum ini, sebanyak 13 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan insiden paip pecah di MRR2 Kuala Lumpur pada Selasa.

Air Selangor dalam kenyataan memaklumkan, bagi memastikan kerja-kerja pembaikan paip dapat dilaksanakan, Air Selangor menutup bekalan air pada jam 11.30 pagi Selasa.

Artikel Berkaitan: