Amaran cuaca bahaya di Kelantan

Hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan rendah di daerah Kota Bharu ditakungi air.
Hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan rendah di daerah Kota Bharu ditakungi air.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Selasa memaklumkan amaran cuaca buruk peringkat bahaya dijangka berlaku di Kelantan pada Rabu.

Amaran tersebut dikemaskini pada jam 12.30 tengah hari melalui Facebook jabatan itu.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata, hujan lebat berterusan dan berbahaya itu melibatkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

“Amaran cuaca buruk peringkat jingga pula dikeluarkan dan dijangka berlaku di Jeli pada Rabu.

“Amaran cuaca waspada dengan hujan berterusan kekal di Terengganu membabitkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, cuaca hujan lebat di dua negeri pantai timur tersebut dijangka berterusan apabila angin bertiup dari arah timur laut yang berpotensi membawa hujan lebat dan angin kencang.

“Keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di negeri-negeri terbabit,” katanya.

Artikel Berkaitan: