JKM kesan waris lelaki gelandangan

S Gobalan
S Gobalan
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Maran meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan waris seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang diselamatkan selepas hidup secara gelandangan di Kuil Sri Marathandavar Aayalam, Maran.

Lelaki tersebut dikenali sebagai S Gobalan, 48, diselamatkan hasil maklumat awam setelah dikesan tinggal di pekarangan kuil tersebut dan mengutip sedekah daripada pengunjung.

Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Maran, Azmy Salleh berkata, hasil siasatan mendapati, lelaki itu masih mempunyai ibu, R Atchee dan adik kandung, S Premala.

Menurutnya, alamat terakhir dua waris lelaki itu di Kampar dan Ipoh di Perak.

"Bagaimanapun hasil maklum balas diterima, rumah ibunya di Taman Sejahtera, Kampar telah kosong manakala rumah adiknya di Ipoh telah dipindah milik kepada pemilik lain," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Azmy berkata, pihaknya memohon waris kepada lelaki tersebut tampil menghubungi JKM daerah Maran untuk urusan berkaitan.

"Pada masa sama, kami mohon kerjasama orang ramai yang tahu atau mempunyai maklumat berhubung waris lelaki ini agar menyalurkan maklumat kepada pihak kami atau menghubungi talian 019- 3281389," katanya.

Artikel Berkaitan: