Lelaki maut digilis lori selepas kelar leher ibu

Wanita warga emas ditemukan di ruang tamu dengan kesan kelar di leher selain kecederaan pada tangan kanan dan telinga kiri dipercayai akibat dipukul menggunakan objek tumpul.
Wanita warga emas ditemukan di ruang tamu dengan kesan kelar di leher selain kecederaan pada tangan kanan dan telinga kiri dipercayai akibat dipukul menggunakan objek tumpul.
A
A
A

GURUN - [DIKEMAS KINI] Seorang ibu maut dipercayai dikelar anak lelakinya sebelum suspek ditemukan meninggal dunia akibat digilis sebuah lori dalam kejadian di Batu 5, Jalan Jeniang-Gurun, kira-kira jam 7 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa berusia lingkungan 70-an, ditemukan dalam keadaan terlentang di ruang tamu dengan kesan kelar di leher selain kecederaan di tangan kanan dan telinga kiri dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Menurutnya, dalam masa sama, polis menerima satu laporan kematian akibat kemalangan dipercayai membabitkan anak kandung mangsa, kira-kira satu kilometer dari rumah mereka.

Polis menerima maklumat berlaku kemalangan maut membabitkan anak lelaki mangsa akibat digilis lori, kira-kira 1 kilometer dari rumah mereka.
Polis menerima maklumat berlaku kemalangan maut membabitkan anak lelaki mangsa akibat digilis lori, kira-kira 1 kilometer dari rumah mereka.

"Pada jam 7.30 pagi, anggota polis di Balai Polis Gurun menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan mayat wanita warga emas di sebuah rumah di Batu 5, Jalan Jeniang-Gurun.

"Pemeriksaan awal di lokasi mendapati mangsa yang juga seorang penoreh getah ditemukan dalam keadaan terlentang dengan kecederaan dikelar di bahagian leher sedalam kira-kira 12 sentimeter.

"Ada sedikit kecederaan di tangan kanan dipercayai mangsa mahu mempertahankan diri," katanya kepada media.

Menurut Adzli, hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan pecah rumah namun polis turut menemui beberapa peralatan menghisap dadah dalam rumah terbabit.

Artikel Berkaitan:

Anggota forensik Polis Diraja Malaysia melakukan siasatan di rumah mangsa dekat Kampung Batu 5 Jalan Jeniang-Gurun, Kedah.
Anggota forensik Polis Diraja Malaysia melakukan siasatan di rumah mangsa dekat Kampung Batu 5 Jalan Jeniang-Gurun, Kedah.

"Mangsa dikatakan tinggal bersama seorang anak lelaki berusia 30-an sejak 10 tahun lalu yang juga pemegang kad orang kurang upaya masalah mental.

"Dalam masa sama, polis menerima laporan kemalangan maut di Jalan Jeniang-Gurun pada jam 7.30 pagi membabitkan anak kepada wanita warga emas terbabit.

"Kita percaya kemalangan berlaku setelah suspek meletakkan motosikal dan menerpa ke tengah jalan menyebabkan lori yang sedang bergerak laju tidak sempat mengelak lalu merempuh lelaki itu," jelasnya.

Semakan juga mendapati lelaki terbabit mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

"Polis juga percaya kejadian berpunca daripada pergaduhan. Berdasarkan maklumat yang diterima mengatakan berlaku pertengkaran hampir setiap hari antara dua beranak terbabit akibat desakan minta wang, termasuk malam kelmarin.

"Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.