Sinar Harian rangkul anugerah video berita alam sekitar terbaik

Loy Sian (tengah) menyerahkan replika cek kepada Engku Shariful Azni pada majlis di Hotel Glenmarie & Golf Resort, Shah Alam pada Selasa. - Foto Bernama
Loy Sian (tengah) menyerahkan replika cek kepada Engku Shariful Azni pada majlis di Hotel Glenmarie & Golf Resort, Shah Alam pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Wartawan Sinar Harian memenangi anugerah kategori Media Elektronik bagi Apresiasi Media Alam Sekitar Negeri Selangor sempena Hari Alam Sekitar Negara 2021 di Hotel Glenmarie & Golf Resort di sini pada Selasa.

Engku Shariful Azni menerusi laporan Sinar TV bertajuk ‘Hutan Langat Terbakar’ berdurasi 3.17 minit itu melaporkan mengenai Hutan Simpan Kuala Langat Selatan (HSKLS) yang terbakar akibat aktiviti pembakaran haram secara terbuka pada Mac lalu.

Video tersebut turut melaporkan sebanyak 16 titik panas kembali dikesan dalam keluasan 26 hektar akibat cuaca panas dan berangin serta keadaan tanah gambut menjadi punca kebakaran tersebar luas dan mengambil masa lima hari untuk dipadamkan.

Program yang julung kali dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor turut memberi penghargaan kepada media di negeri ini melalui kategori Gambar Alam Sekitar Terbaik, Artikel Terbaik, Media Cetak Terbaik dan Portal Terbaik.

Empat dari kiri: Loy Sian, Wan Abdul Latiff dan Nor Aziah bersama para pemenang di Hotel Glenmarie & Golf Resort, Shah Alam pada Selasa. - Foto Bernama
Empat dari kiri: Loy Sian, Wan Abdul Latiff dan Nor Aziah bersama para pemenang di Hotel Glenmarie & Golf Resort, Shah Alam pada Selasa. - Foto Bernama

Majlis penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada pemenang disempurnakan oleh Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asal Selangor, Hee Loy Sian di sini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pengarah Alam Sekitar, Wan Abdul Latiff Wan Jaafar dan Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar.

Artikel Berkaitan: