X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Wanita bawa pembunuh kejam Bosnia ke muka pengadilan meninggal dunia

Hajra Catic iaitu wanita yang menuntut dua pembunuh kejam penduduk Muslim di Bosnia untuk diadili meninggal dunia pada Selasa. - Foto AFP
A
A

SARAJEVO - Seorang wanita, Hajra Catic yang mengetuai perjuangan bagi menuntut dua pembunuh kejam ke muka pengadilan kerana membunuh lebih 8,000 orang Muslim Bosnia pada tahun 1995 di Srebrenica telah meninggal dunia pada Selasa.

Beliau juga mengetuai usaha bagi mencari tulang-tulang mangsa pembunuhan kejam yang ditanam di Srebrenica.

Catic, 78, dilaporkan oleh media tempatan meninggal dunia selepas sakit yang berpanjangan di Sarajevo.

Beliau mengetuai Persatuan Wanita Srebrenica di bandar Tuzla iaitu tempat wanita tersebut berjaya melarikan diri daripada pembunuhan beramai-ramai.

Catic kemudian menganjurkan tunjuk perasaan pada hari ke-11 setiap bulan bagi menangkap mereka yang bertanggungjawab dalam pembunuhan tersebut.

Ekoran itu, Presiden Srpska, Radovan Karadzic dan ketua tenteranya, Ratko Mladic kemudian ditangkap dan dihukum penjara seumur hidup di sebuah mahkamah jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Bagaimanapun, Catic gagal untuk menemui tulang-tulang seorang anak lelakinya yang terkorban dalam pembunuhan kejam tersebut.

Anak lelakinya itu, Nihad Nino Catic merupakan seorang wartawan di Srebenica dan kali terakhir beliau bercakap dengannya ialah pada 10 Julai 1995 iaitu sehari sebelum bandar tersebut ditawan oleh tentera Serb Bosnia. - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!