PH gerun, DAP terancam penyatuan ummah UMNO-Pas

Yahaya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat Pas Kawasan Marang di Hotel Permai, di sini, hari ini.
Yahaya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat Pas Kawasan Marang di Hotel Permai, di sini, hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Penyatuan ummah antara UMNO dan Pas sangat digeruni PH, khususnya DAP yang bernafsu besar untuk menguasai politik negara ini.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Terengganu, Yahaya Ali berkata, kerjasama rasmi antara dua parti teras itu membuatkan ada pihak yang berasa terancam kerana sudah mencongak-congak akan kehilangan banyak kerusi.

Menurutnya, jika dibuat analisa ringkas berdasarkan keputusan PRU14 yang lalu, banyak kerusi yang akan dimenangi pembangkang di kawasan Melayu jika Pas dan UMNO bekerjasama.

“Apa yang terjadi pada PRU lepas adalah kerana berlakunya perpecahan undi, hingga sesetengah kawasan majoriti Melayu tapi calonnya daripada orang bukan Melayu dan bukan Islam dimenangi oleh pihak berkenaan.

“Jadi, kita boleh fahamlah mengapa sesetengah pihak terutamanya DAP yang mempunyai nafsu besar untuk menguasai politik Malaysia ini merasa terancam, sehingga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan yang sangat ekstrem dan menganggap ia satu serangan kepada orang bukan Melayu dan bukan Islam.

“Ia satu kenyataan yang tak sepatutnya dikeluarkan oleh peringkat pimpinan yang sepatutnya berjiwa besar. Dalam menghadapi pilihan raya, kita mesti hadap apa jua situasi yang berlaku dan bergantung kepada soal strategi politik masing-masing,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat Pas Kawasan Marang di Hotel Permai, di sini, hari ini.

Jelas Yahaya, prinsip perjuangan Pas tidak pernah berubah dan menegaskan, dalam tuntutan Islam itu sendiri, tidak boleh mengabaikan orang bukan Melayu dan bukan Islam.

Katanya, jika ditakdirkan menjadi kerajaan di peringkat pusat, Pas juga akan mempertahankan kedudukan orang bukan Melayu dan bukan Islam.

Artikel Berkaitan: