Harimau kumbang masuk perangkap

Harimau kumbang betina yang ditangkap di Kampung Bayai Baru, Batu Kikir pada minggu lalu.
Harimau kumbang betina yang ditangkap di Kampung Bayai Baru, Batu Kikir pada minggu lalu.
A
A
A

JEMPOL - Seekor harimau kumbang betina seberat 40 kilogram memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan di Kampung Bayai Baru, Batu Kikir di sini pada minggu lalu.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Nurul Ermi Ramli berkata, perangkap berkenaan dipasang pada 28 Oktober lalu berikutan aduan penduduk mengenai kesan gigitan pada haiwan ternakan mereka dan terdapat kesan tapak kaki harimau.

"Sebagai tindakan, Perhilitan telah memasang perangkap pada hari aduan diterima. Pada awal pagi 30 Oktober, penduduk memberitahu harimau kumbang telah masuk ke dalam perangkap.

Harimau kumbang yang ditangkap dipindahkan sementara ke Perhilitan daerah Jempol untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut sebelum dilepaskan ke habitat sesuai. - Foto FB Perhilitan
Harimau kumbang yang ditangkap dipindahkan sementara ke Perhilitan daerah Jempol untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut sebelum dilepaskan ke habitat sesuai. - Foto FB Perhilitan

"Penemuan harimau kumbang di kampung itu merupakan kes pertama diterima Perhilitan. Biasanya aduan gangguan hidupan liar diterima melibatkan kera saja," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Beliau berkata, harimau kumbang itu kemudian dipindahkan sementara ke Perhilitan daerah Jempol untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Selepas itu, katanya, ia akan dipindahkan dan dilepaskan ke habitat yang sesuai.

Artikel Berkaitan: