Calon Ayer Keroh tak tolak diajak berdebat

Yong Fun Juan
Yong Fun Juan
A
A
A

MELAKA - Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N16 Ayer Keroh menyahut cabaran untuk berdebat dengan calon Pakatan Harapan (PH), yang juga penyandang kerusi itu, Kerk Chee Yee.

Yong Fun Juan berkata, perbahasan seperti ini akan membantu pengundi-pengundi untuk mengetahui fakta dan maklumat benar serta membolehkan mereka menilai calon yang paling layak untuk dipilih sebagai wakil rakyat.

Menurutnya, kempen pilihan raya yang dijalankan secara dalam talian tidak terhad kepada sesuatu kawasan sahaja, sekali gus dapat meningkatkan interaksi di antara netizen dengan calon.

Fun Juan berkata, beliau tidak akan sesekali menolak jemputan untuk berbahas secara rasional, pada masa sama bersedia untuk membuat perkongsian pengalaman semasa berkhidmat di kawasan Ayer Keroh selama ini termasuk rancangan dan hala tuju untuk membangunkan Ayer Keroh.

"Kerja-kerja kempen boleh dilakukan melalui media sosial dengan hasil yang sama.

"Sudah tentu akan membolehkan rakyat memahami dengan lebih mendalam aspirasi calon mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Tambah beliau, adalah tidak wajar bagi seseorang wakil rakyat timbul pada pilihan raya sahaja, sebaliknya seseorang wakil rakyat harus sentiasa sedia berkhidmat demi penduduk kawasannya pada bila-bila masa.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: