Calon BN DUN Machap Jaya tenangkan mangsa kemalangan

Hee Sem membantu mengusung mangsa kemalangan di Jalan Lesung Batu, Alor Gajah untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Hee Sem membantu mengusung mangsa kemalangan di Jalan Lesung Batu, Alor Gajah untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
A
A
A

ALOR GAJAH - Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N08 Machap Jaya, Ngwe Hee Sem bertindak pantas menyelamatkan mangsa kemalangan bersama orang awam di Jalan Lesung Batu di sini petang Selasa.

Pegawai medianya, Nizam Baharom berkata, ketika kejadian dalam jam 6 petang itu, mereka dalam perjalanan ke pusat media DUN itu di Air Pasir Machap sebelum melintasi lokasi kemalangan yang membabitkan seorang wanita berusia 40an.

Menurutnya, Hee Sem segera keluar dari kenderaan yang dinaiki dan mendapatkan mangsa yang berada di dalam sebuah kereta jenis Suzuki Swift seterusnya cuba menenangkan mangsa.

"Beliau sempat menghulurkan air kepada mangsa yang masih terkejut selain memberikan kata-kata semangat.

"Hee Sem turut menunggu sehingga pasukan bomba tiba untuk menghantar mangsa yang mengalami kecederaan mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah," katanya.

PRN kali ini menyaksikan Hee Sem akan berdepan dengan persaingan lima penjuru iaitu Law Bing Haw dari Pakatan Harapan (PH), Tai Siong Jiul, Perikatan Nasional (PN), Abdul Aziz Osani Kasim (IMAN) dan Azlan Daud (Bebas).

Pilihan Raya Umum ke-14 merekodkan penyandang kerusi, Datuk Ginnie Lim Siew Lin (PH) menang dengan majoriti 1,336 undi.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: