Moga mak bahagia di alam sana: Diana Rafar

Pelakon, Diana Rafar
Pelakon, Diana Rafar
A
A
A

PELAKON, Diana Rafar meluahkan rasa hiba apabila tiada lagi ucapan selamat hari lahir kepada ibunya yang sudah tiada.

Coret Diana, 8 Mac merupakan tarikh yang bersejarah dalam hidup dan hari yang dinantikan untuk meraikan hari bersejarah berkenaan.

"Selalu rasa tak sabar nak tunggu, nak peluk mak kuat-kuat nak cium mak nak ucap Selamat Hari Jadi mak.

"Semoga mak panjang umur... Dari Diana kecil perkara yang selalu Diana takut bila rasa kalau mak takde nanti macam mana lah. Selalu sahaja bila mak tidur kadang mesti nak letak jari rasa ada nafas lagi ke mak aku ni takut-takut bila nafas mak takde lagi.

"Hari ni mak dah tak ada kat dunia... tak ada lagi doa untuk mak panjang umur. Apa yang mampu adalah doa ku agar mak dimasukan ke dalam syurga mu tanpa dihisab.

"Moga mak bahagia di alam sana, moga mak tenang dan ALLAH hitung segala amalan mak selama ada di dunia ni... alFatiha ibu ku sayang, rindu yang tiada penghujung kasih yang tiada tandingan cinta yang tak terbalas," luah Diana di Instagram.

Dalam perkongsian itu Diana merakamkan betapa pilunya hidup tanpa kasih sayang daripada seorang yang bernama ibu.

"Tiada lagi belai seorang ibu, tiada lagi nikmat berkat doa seorang ibu mak pergi jua selama lamanya.... semoga bahagia hingga syurga mak.... Al fatiha Rasimah bt Abd Rahman," akhirinya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu arwah mak pelakon tersebut dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana gigitan serangga dan menjalani pembedahan akibat jangkitan.