Tidak ada dua singa atas satu gunung di Melaka

 Datuk Muhammad Jailani Khamis
Datuk Muhammad Jailani Khamis
A
A
A

SHAH ALAM- Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis menafikan dakwaan wujudnya dua singa atas satu gunung dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri Melaka.

Tegas beliau, dakwaan tersebut hanya dongengan ciptaan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang jelas gila kuasa dan masih impikan kedudukan tersebut.

“Pada saya, secara peribadi tidak ada dua singa dalam satu gunung. Ini adalah tohmahan pada orang yang nak jadi Ketua Menteri seperti Idris Haron.

“Idris Haron mempunyai satu sikap bahawa tiada orang lebih baik daripada dia. Hakikatnya, Sulaiman lebih baik daripada Idris Haron.

“Ketika itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka adalah Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Jadi, urusan parti politik ini semua memang kerja beliau. Urusan pentadbiran kerajaan negeri pula memang tugas dan tanggungjawab Ketua Menteri.

“Tindakan Idris sekadar mahu memecahbelahkan keluarga UMNO dan keluarga BN Melaka,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Pada 4 Oktober lalu, Idris menekankan mereka kehilangan kepercayaan kepada Sulaiman berikutan beberapa keputusan kerajaan negeri yang flip-flop’.

Jelas Idris, banyak keputusan kerajaan negeri yang tidak terlaksana meskipun sudah diputuskan seolah-olah ada dua singa atas satu gunung.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, selama 18 bulan sebagai Ketua Menteri, Sulaiman telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dan dan berjaya menyelesaikan pelbagai masalah.

Jelas beliau, antaranya adalah menyelesaikan masalah ketiadaan air yang melanda rakyat Melaka ketika itu selama tujuh bulan dan berjaya dilakukan dalam masa sebulan sahaja.

“Macam-macam lagi masalah yang kita dapat selesaikan. Kita dapat tangani Covid-19 dengan baik, antara negeri yang paling awal yang mencapai 90 peratus vaksinasi seluruh rakyat.

“Kita antara negeri yang terawal yang membuka fasa empat untuk rakyat dalam dan luar Melaka,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, tiada perebutan kuasa antara Rauf dan Sulaiman sebaliknya Idris Haron yang mengimpikan jawatan tersebut.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my