Nyaris maut bas ekspres jatuh gaung

Keadaan bas yang terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira tiga meter di Jalan Besar Jengka 5, Maran pada Isnin.(Gambar Kanan) Anggota bomba menyelamatkan pemandu dan penumpang di dalam bas yang terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira tiga meter di Jalan Besar Jengka 5, Maran pada Isnin. Foto: FB Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang

A
A
A

MARAN- Empat individu termasuk dua penumpang nyaris maut apabila bas dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira tiga meter di Jalan Besar Jengka 5, di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.11 petang itu, seorang konduktor bas wanita berusia 57 tahun mengalami luka di bahagian kepala manakala pemandu bersama dua penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, siasatan awal mendapati bas yang dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun itu dari arah Jengka menghala ke Kuantan.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, bas berkenaan tiba-tiba hilang kawalan dalam cuaca hujan dan terjatuh ke dalam gaung sedalam tiga meter di tepi jalan tersebut.

"Akibatnya, konduktor bas mengalami luka kecil di bahagian kepala manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Dua penumpang iaitu wanita berusia 21 tahun dan seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun juga selamat dan tidak cedera," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, lokasi kejadian jalan lurus dan semasa kejadian hujan lebat dan permukaan jalan basah.

"Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 10LN 166/59) dan siasatan lanjut sedang dilakukan," jelasnya.

Artikel Berkaitan: