'Nilai semula peruntukan kepada wakil rakyat'

Bung Moktar
Bung Moktar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang ahli Parlimen kerajaan menggesa agar kerajaan menilai semula peruntukan yang diberikan kepada mereka.

Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, peruntukan kepada wakil rakyat seharusnya dinilai berdasarkan keluasan dan keperluan mengikut kawasan.

“Peruntukan wakil-wakil rakyat di Perlis pun sama, Melaka pun sama, Wilayah pun sama dan di Kinabatangan pun sama,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022).

Bung dalam masa yang sama turut meminta Kementerian Pembangunan Luar Bandar agar menyimpan data-data bank maklumat untuk setiap Parlimen.

“Apa peruntukan, projek telah dilaksanakan, yang sedang berjalan dan apa yang diperlukan tetapi sampai hari ini saya tidak nampak ia dibuat secara berterusan oleh kementerian,” jelasnya.

Dalam ucapannya juga, Bung yang merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah turut meminta agar kerajaan memberi negeri itu 10 peratus daripada keseluruhan Bajet 2022 yang dibentangkan.

“Yang lalu RM5 bilion, tahun depan pun RM5 bilion dan pelaksanaannya amat perlahan. Ini perkara yang amat membimbangkan rakyat Sabah.

“Justeru itu, kita meminta supaya kerajaan melihat secara terperinci iaitu membangunkan antara wilayah Semenanjung, wilayah Sabah dan wilayah Sarawak.

Artikel Berkaitan:

“Sabah dan Sarawak ini apabila kita gabungkan peta tenggelam jajaran keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu. Bayangkan bagaimana keluasan dia begitu besar tetapi peruntukan dia hampir sama dengan negeri-negeri lain,” jelasnya.