Dua suspek curi kereta ditahan

Barangan yang dirampas daripada kedua-dua suspek.
Barangan yang dirampas daripada kedua-dua suspek.
A
A
A

KULIM- Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat kes mencuri kereta jenis Honda di Taman Melati, Padang Serai pada 30 Disember 2017 lalu dalam satu serbuan semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, dua lelaki berusia 24 dan 26 tahun itu ditahan anggota Task Force Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kulim, di Kampung Naga Lilit jam 4 petang.

Menurutnya, dalam kejadian 29 November 2017, kereta milik seorang wanita berusia 44 tahun diparkir di luar pagar sebuah rumah di taman berkenaan.

"Pada 30 Disember ibu wanita itu mendapati kereta itu telah hilang jam 5 pagi. Pemilik kereta telah mencari di kawasan sekitar namun tidak berjaya ditemui," katanya.

Kereta jenis Honda yang dicuri.
Kereta jenis Honda yang dicuri.

Beliau berkata, hasil tangkapan polis merampas 12 jenis barangan daripada kedua-dua suspek.

"Antaranya ialah, empat telefon bimbit pelbagai jenama, wang tunai berjumlah RM607, enjin kereta telah diubah suai dan sebilah parang sepanjang 59cm," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang tidak mengaku bersalah mempunyai rekod jenayah.

Artikel Berkaitan:

"Empat rekod lampau dimiliki suspek berusia 26 tahun dan seorang lagi mempunyai satu rekod," katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.