Sila log masuk terlebih dahulu.

Jawatankuasa khas tangani isu kenaikan harga baja, racun

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mewujudkan jawatankuasa khas untuk menangani masalah kenaikan harga baja dan racun.Gambar hiasan
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mewujudkan jawatankuasa khas untuk menangani masalah kenaikan harga baja dan racun.Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mewujudkan jawatankuasa khas untuk menangani masalah kenaikan harga baja dan racun.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ini kerana terdapat aduan daripada petani dan pesawah berkaitan perkara itu.

Menurutnya, jawatankuasa tersebut turut melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Kewangan (MoF).

“Di luar sana sekarang, soal harga baja dan harga racun merupakan satu isu yang ke hadapan.

“Ramai penternak, petani yang bergantung kepada baja dan racun dalam perusahaan mereka.

“Kita sedang menggerakkan 'task force' untuk ambil tindakan dan langkah-langkah perlu untuk bantu pihak pengusaha kecil pertanian yang berhadapan dengan kenaikan harga baja dan racun,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program Smart SBB antara kerajaan dan tujuh syarikat peneraju sesi 2/2021 di sini pada Selasa.

Jelasnya, MAFI juga akan mengemukakan cadangan sekiranya perlu untuk mengambil tindakan susulan kepada pihak yang menaikkan harga itu.

Artikel Berkaitan:

“Tindakan susulan perlu diambil bagi menangani masalah kenaikan harga racun dan baja di negara kita ketika ini,” ujarnya.

Mengulas mengenai kekurangan ayam di negara ini, katanya, MAFI akan mengimport masuk ayam dari negara luar sekiranya ia diperlukan.

Jelasnya, kerajaan akan terus pantau dan mengambil tindakan untuk menghalang masalah tersebut daripada terus berlaku.

“Kita menerima laporan tentang kekurangan bekalan ayam di pasaran pada ketika ini.

“Di peringkat kementerian, kita sedang meneliti masalah dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika diperlukan dalam masa terdekat.

“Kita sensitif dengan isu kekurangan bekalan ayam tempatan yang sedang dialami pada ketika ini,” ujarnya.