Pembakaran terbuka, premis tapak projek dikompaun RM2,000

Premis tapak binaan dikompaun RM2,000 kerana melakukan pembakaran secara terbuka.
Premis tapak binaan dikompaun RM2,000 kerana melakukan pembakaran secara terbuka.
A
A
A

SEBERANG PERAI - Sebuah tapak projek binaan dikompaun RM2,000 selepas didapati melakukan pembakaran terbuka di Seberang Perai Tengah, di sini pada Isnin.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pembakaran tersebut dikesan ketika pihaknya menjalankan pemantauan rutin di daerah tersebut.

"Ketika pemantauan dibuat, kita mendapati sebuah tapak projek binaan ini membuat pembakaran secara terbuka.

"Oleh itu, kita mengeluarkan kompaun RM2,000 kepada pihak premis berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sharifah Zakiah berkata, penduduk Pulau Pinang dinasihatkan supaya memberhentikan amalan pembakaran terbuka bagi menjaga kualiti udara persekitaran.

"Sisa pepejal termasuk reja kayu boleh dikitar semula dan mereka yang berminat boleh menyertai komuniti Zero Waste Network. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web Penang Green Council.

"Pembakaran terbuka merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua sekali," katanya.

Tambah beliau, kes-kes pencemaran boleh dilaporkan kepada JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di eaduan@doe.gov.my.

Artikel Berkaitan: