Warga Korea antara ditahan Ops Sarang

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Polis menahan 81 individu termasuk seorang warga Korea dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam Ops Sarang yang dijalankan bagi tempoh seminggu bemula 2 Mac lalu sehingga semalam.

Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinjin berkata warga Korea yang juga pemandu pelancong itu turut ditahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata semua individu yang berusia antara 16 hingga 41 tahun itu ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Akta Imigresen 1959/63.

“Tumpuan operasi adalah di sekitar kawasan Manggatal, Inanam dan Tanjung Aru. Operasi pada kali ini dilaksanakan dengan perancangan yang lebih teliti kerana kawasan serbuan berpaya dan sungai,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Habibi berkata polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 5.15 gram yang dianggarkan bernilai RM800 mengikut harga semasa.- Bernama

Artikel Berkaitan: