8 PPS tempatkan 536 mangsa banjir di Kedah, Perak

Mangsa banjir di dua buah negeri mencatatkan 536 orang daripada 145 buah keluarga setakat 11 malam tadi.(Gambar hiasan). - Foto Awani
Mangsa banjir di dua buah negeri mencatatkan 536 orang daripada 145 buah keluarga setakat 11 malam tadi.(Gambar hiasan). - Foto Awani
A
A
A

JUMLAH mangsa banjir di dua buah negeri mencatatkan 536 orang daripada 145 buah keluarga setakat 11 malam tadi.

Menurut data Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak lapan buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Kedah dan Perak.

Mangsa banjir di Kedah menurun kepada 515 orang daripada 137 buah keluarga melibatkan tujuh buah PPS dibuka di wilayah Pendang dan Kota Setar.

Fenomena banjir di Kedah telah berlarutan selama seminggu.

Sementara itu, bagi negeri Perak membabitkan 21 mangsa daripada lapan buah keluarga.

Hanya sebuah PPS dibuka di wilayah Hilir Perak untuk menempatkan mangsa. - Awani

Artikel Berkaitan: