Kelantan rekod penularan Covid-19 tertinggi

Kelantan merekodkan penularan Covid-19 tertinggi di negara ini dengan 820 kes dilaporkan pada Isnin.Gambar hiasan
Kelantan merekodkan penularan Covid-19 tertinggi di negara ini dengan 820 kes dilaporkan pada Isnin.Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kelantan merekodkan penularan Covid-19 tertinggi di negara ini dengan 820 kes dilaporkan pada Isnin.

Peningkatan itu melebihi dua kali ganda kes berbanding hari sebelumnya iaitu 376 kes.

Pada masa sama Kelantan mencatatkan kadar vaksinasi lengkap yang rendah iaitu 58.8 peratus, turut mengatasi jangkitan di Selangor, 809 kes.

Ia disusuli oleh Sarawak 385 kes, Sabah (364), Kedah (325), Pahang (273), Pulau Pinang (256), Terengganu (210) dan Perak (208).

Negeri Sembilan (191), Kuala Lumpur (174), Melaka (168), Putrajaya (28), Perlis (25) dan Labuan (lima).

Sebanyak 4,543 kes dilaporkan pada Isnin dengan jumlah kumulatif, 2,510,852 kes.

Sementara itu, menerusi laman sesawang CovidNow, terdapat pertambahan 58 kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian adalah 29,349.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mencatatkan sebanyak 61,760 kes aktif di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Daripada jumlah itu, sebanyak 48,042 kes atau 77. 8 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 7,698 kes atau

12.5 peratus ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Terdapat 5,486 kes atau 8.9 peratus sedang menerima rawatan di hospital iaitu seramai 271 pesakit atau 0.4 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 263 kes lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam perkembangan sama, seramai 24,604,953 atau 75.3 peratus populasi telah lengkap menerima suntikan dos vaksin dan 933,666 individu lagi atau 2.9 peratus belum lengkap vaksinasi.

Sebanyak 58,395 dos penggalak diberikan menjadikan jumlah keseluruhannya, 565,629 dos.

Bagi vaksinasi remaja pula, seramai 2,390,929 atau 76.0 peratus golongan usia 12 hingga 17 tahun telah lengkap vaksinasi dan 328,568 (10.4 peratus) masih belum lengkap dos suntikan.