Howe pengendali baharu Newcastle United

Howe (tengah) ketika menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Newcastle United menentang Brighton di Stadium Amex, baru-baru ini.
Howe (tengah) ketika menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Newcastle United menentang Brighton di Stadium Amex, baru-baru ini.
A
A
A

TEKA-TEKI pengganti Steve Bruce di Newcastle United terjawab apabila Eddie Howe dilantik mengendalikan The Magpies dengan kontrak dua setengah tahun di St James's Park.

Bekas pengendali kelab Liga Kejuaraan AFC Bournemouth berusia 43 tahun itu sebelum ini tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas The Cherries tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Satu penghormatan untuk menjadi ketua jurulatih sebuah kelab yang mempunyai kedudukan dan sejarah seperti Newcastle United. Ia adalah hari yang sangat membanggakan bagi saya dan keluarga saya.

"Ini adalah peluang yang baik, tetapi terdapat juga banyak kerja di hadapan kami dan saya tidak sabar-sabar untuk ke tempat latihan untuk mula bekerja dengan pemain.

"Saya ingin berterima kasih kepada pemilik kelab atas peluang ini dan terima kasih kepada penyokong kelab atas sambutan luar biasa yang telah mereka berikan kepada saya. Saya sangat teruja untuk memulakan perjalanan kami bersama-sama," kata Howe.

Untuk rekod sepanjang lapan tahun di Dean Court, Howe terkenal dengan pendekatan membawa masuk pemain-pemain muda, sebelum meningkatkan potensi diri bersama kelab tersebut.

The Magpies yang belum mencatat sebarang kemenangan kini berada di kedudukan ke-19 saingan liga dengan mengumpul lima mata selepas mengharungi 11 perlawanan.

Ujian pertama Howe pada saingan liga adalah mempersiapkan The Magpies bagi menerima kunjungan Brentford di St James's Park pada 20 November.

Artikel Berkaitan: