Banteras penerokaan haram demi sumber air bersih

Sallehuddin (dua, kanan) pada majlsi perasmian program Tafaqquh Fiddin (TFD-X) anjuran Yayasan Pahang di sini, hari ini
Sallehuddin (dua, kanan) pada majlsi perasmian program Tafaqquh Fiddin (TFD-X) anjuran Yayasan Pahang di sini, hari ini
A
A
A

KUANTAN - Operasi khas membanteras penerokaan haram di Cameron Highlands masih dijalankan kerajaan negeri demi menjaga kepentingan masyarakat terutama penduduk yang bergantung kepada sumber air di Sungai Ichat.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, operasi yang melibatkan kawasan kebun seluas 121 hektar itu terletak berhampiran empangan sungai berkenaan.

"Kebun haram itu betul-betul berada di muka sauk empangan Sungai Ichat dan 70 peratus air bersihnya disalurkan kepada penduduk di Cameron Highlands, namun empangan terpaksa ditutup disebabkan ada kebun haram.

"Penguatkuasaan masih lagi berjalan dalam usaha mengembalikan Cameron Highlands ke zaman kegemilangannya dahulu yang mempunyai kualiti air bersih dan udara sejuk," katanya selepas merasmikan program Tafaqquh Fiddin (TFD-X) anjuran Yayasan Pahang di sini, hari ini.

Menurutnya, pemilik kebun sudah diberi peringatan sejak 2009 mengenai kesalahan menceroboh tanah kerajaan dan tiada isu mereka tidak diberikan masa untuk berpindah.

"Kita ada mendapat aduan mereka (pemilik kebun) tidak cukup masa untuk berpindah tapi notis diberi sejak 2009 dan tiap-tiap tahun kita beri peringatan.

"Sudah 10 tahun bagi notis kepada mereka jadi tidak adil kepada masyarakat di sini jika tiada tindakan diambil,” katanya.

Sallehuddin berkata, tidak adil kepada kerajaan negeri dan penduduk terutama Cameron Highlands jika tiada tindakan diambil setelah sekian lama.

Artikel Berkaitan:

Semalam, Sinar Harian melaporkan kerajaan negeri akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pekebun degil yang meneroka secara haram menerusi operasi yang bermula 25 Februari lalu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, 11 kebun terlibat dalam fasa pertama operasi manakala baki 50 lagi akan diperiksa bermula April ini.

H-Banteras penerokaan haram demi sumber air bersih KUANTAN- Operasi khas membanteras penerokaan haram di Cameron Highlands masih dijalankan kerajaan negeri demi menjaga kepentingan masyarakat terutama penduduk yang bergantung kepada sumber air sungai Ichat. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata operasi melibatkan kawasan kebun seluas 121 hektar berhampiran empangan sungai berkenaan. Menurutnya, pemilik kebun sudah diberi peringatan sejak 2009 mengenai kesalahan menceroboh tanah kerajaan dan tiada isu mereka tidak diberikan masa untuk berpindah. LAPORAN MOJO SINAR HARIAN KUANTAN Aiman Sadiq Abdullah

Posted by Sinar Harian Edisi Pahang on Saturday, March 9, 2019