JKNP belum dapat laporan penjualan sijil vaksin palsu

Sebuah akhbar tempatan melaporkan terdapat segelintir individu sanggup membayar sehingga RM1,000 bagi membeli sijil vaksin palsu. (Gambar hiasan)
Sebuah akhbar tempatan melaporkan terdapat segelintir individu sanggup membayar sehingga RM1,000 bagi membeli sijil vaksin palsu. (Gambar hiasan)
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) akan membuat laporan segera kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekiranya terdapat aduan mengenai pembelian sijil vaksin melibatkan pengamal perubatan di Pahang.

Pengarahnya, Datuk Dr Nor Azimi Yunus bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan tersebut.

"Kita tidak tahu cerita sebenar dan kita juga tidak tahu setakat mana pemalsuan itu, apa yang berlaku dan siapa yang cuba memalsukan.

"Setakat ini kami tidak menerima laporan. Kalau ada, kita akan membuat laporan kepada KKM kerana itu adalah kapasiti KKM untuk memberi maklum balas," katanya pada sidang akhbar selepas majlis bersama media di Hotel Grand Makmur di sini pada Isnin.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan terdapat segelintir individu sanggup membayar sehingga RM1,000 bagi membeli sijil vaksin palsu.

Menurut laporan itu, seorang lelaki mengakui sanggup mengeluarkan wang sehingga RM1,000 meskipun boleh mendapatkan suntikan vaksin secara percuma kerana bimbang kesan suntikan vaksin dalam jangka panjang.

Artikel Berkaitan: