SUPP serah senarai calonnya kepada Abang Johari

Abang Johari Tun Openg. Foto Bernama
Abang Johari Tun Openg. Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah menyerahkan nama senarai calonnya yang dirancang untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 ini kepada Ketua Menteri, merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Presiden SUPP, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, mengikut tradisi, SUPP bertanding di 20 kerusi pada PRN.

“Apa yang boleh saya katakan sekarang, tujuh penyandang akan bertanding semula dalam pilihan raya akan datang,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Jumaat lepas Abang Johari berkata, Dewan Undangan Negeri Sarawak terbubar berkuat kuasa 3 November, selaras dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa proklamasi darurat bagi Sarawak ditamatkan pada tarikh berkenaan, sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

Sehubungan itu, GPS yang merangkumi komponen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), SUPP dan Parti Demokratik Progresif (PDP) dilaporkan akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri yang akan dipertandingkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: