Banjir di Kedah makin pulih

Keadaan banjir di Kedah dilaporkan semakin pulih. - Foto fail/Bernama
Keadaan banjir di Kedah dilaporkan semakin pulih. - Foto fail/Bernama
A
A
A

ALOR SETAR - Keadaan banjir di negeri Kedah semakin pulih dengan jumlah mangsa serta pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan setakat jam 4 petang Isnin.

Menurut Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof, jumlah mangsa menurun kepada 616 mangsa daripada 159 keluarga di tujuh PPS berbanding 797 mangsa daripada 212 keluarga di sembilan PPS pada Ahad.

"Sehingga kini, dua PPS masih dibuka di Pendang iaitu Dewan Rakan Sukan Tanah Merah dan Dewan Cenderawasih.

"Lima lagi di Kota Setar iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti, SK Darul Hikmah, SK Convent, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent dan SMK Simpang Kuala," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Muaz berkata, dua PPS yang ditutup itu adalah SK Sik dan SK Chepir di daerah Sik.

Katanya, daerah Kota Setar masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, manakala daerah Pendang paling lama dilanda banjir iaitu selama 19 hari apabila beberapa kampung mula dinaiki air sejak 21 Oktober lepas.

Artikel Berkaitan: