Berpolitiklah dengan matang, bersih: Tuan Ibrahim

Tangkap layar berita bertajuk ‘Sekiranya tujuh calon Pas tewas di tangan UMNO, kemenangan UMNO kemenangan Pas juga’ yang tular di media sosial baru-baru ini.
Tangkap layar berita bertajuk ‘Sekiranya tujuh calon Pas tewas di tangan UMNO, kemenangan UMNO kemenangan Pas juga’ yang tular di media sosial baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man tampil menafikan tangkap layar berita bertajuk, Sekiranya tujuh calon Pas tewas di tangan UMNO, kemenangan UMNO kemenangan Pas juga’ yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan setiap ahli politik agar mengamalkan politik bersih dan tidak menggunakan taktik kotor untuk menjatuhkan parti lawan.

“Didapati petikan berita tersebut berlegar dalam grup Whatsapp dan beberapa saluran media sosial yang lain.

“Ditegaskan bahawa kenyataan ini adalah fitnah. Berpolitiklah dengan matang dan bersih,” tegasnya melalui ciapan di Twitter beliau pada Isnin.

Dalam pada itu, berdasarkan pencarian, Sinar Harian mendapati tidak ada mana-mana portal yang memaparkan berita dengan tajuk yang ditularkan itu.

Artikel Berkaitan: