X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Lebih 17 peratus penghidap kanser mulut dari Sabah

Hanya kira-kira 50 peratus rakyat Malaysia menyedari bahawa pengambilan alkohol dan mengunyah sirih meningkatkan risiko untuk mendapat kanser mulut. - Foto 123RF
A
A

KOTA KINABALU - Berdasarkan saringan kanser mulut yang dilaksanakan menerusi Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan tahun lalu, kira-kira 17.4 peratus penghidap kanser itu didapati melibatkan penduduk Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkata, daripada 42,771 pesakit yang disaring di Sabah, 5,420 orang didapati berisiko tinggi menghidap kanser mulut disebabkan pengambilan tembakau, sirih dan mengambil minuman beralkohol yang berlebihan.

Menurutnya, di Malaysia kebanyakan kes kanser mulut dikesan apabila ia sudah lewat dan antara faktor penyumbang utama kepada pengesanan lewat adalah kurangnya kesedaran mengenai kepentingan pemeriksaan dan pengesanan awal dalam kalangan rakyat tempatan.

"Selain itu hanya kira-kira 50 peratus rakyat Malaysia menyedari bahawa pengambilan alkohol dan mengunyah sirih meningkatkan risiko untuk mendapat kanser mulut," katanya berucap merasmikan Minggu Kesedaran Kanser Mulut 2021 negeri Sabah bertemakan #JomCheckMulut secara maya pada Isnin.

"Justeru kerajaan negeri berharap agar lebih banyak kempen diadakan dan aktiviti turun padang ditingkatkan supaya saringan awal pengesanan kanser mulut ini dapat diperluaskan hingga ke kawasan pedalaman," katanya.

Minggu Kesedaran Kanser Mulut diadakan selama seminggu bermula 7 hingga 13 November di seluruh negara. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!