X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

[VIDEO] Polis buka 13 kertas siasatan berkaitan Edisi Siasat

Acryl Sani
A
A

KUALA LUMPUR - Polis membuka 13 kertas siasatan berkaitan sebuah laman Twitter yang dikenali @edisi_siasatmy yang menyiarkan pelbagai berita sensasi berkaitan rasuah dan salah guna kuasa.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti individu terlibat dalam laman Twitter tersebut.

"Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung Twitter dan blog yang dikenali sebagai Edisi Siasat dan laman Twitternya @edisi_siasatmy, kita telah buka 13 kertas siasatan.

"Kita dapati apa yang disebarkan ini untuk wujudkan suasana sensasi, dan polis akan kenal pasti siapa individu yang berada di belakang laman Twitter ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah Komersial (Jenayah Dalam Talian) 2021 bertempat di Hotel Berjaya Times Square, di sini pada Isnin.

Pada Isnin, sebanyak 11 laporan diterima polis daripada individu yang dikaitkan dengan dakwaan kes salah guna kuasa dan rasuah sepertimana yang didedahkan Edisi Siasat melalui laman Twitternya @edisi_siasatmy.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, siasatan dilakukan dari pelbagai sudut termasuk aspek penafian individu yang didakwa.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!