X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Pengerusi PN Melaka hadapi saingan 4 penjuru di Telok Mas

Mohd Rafiq Naizamohideen. - Foto Ihsan Facebook
A
A

MELAKA - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas menyaksikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, berhadapan pertandingan empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Mohd Rafiq akan ditentang calon Pakatan Harapan (PH) yang juga Setiausaha Amanah Melaka, Datuk Ashraf Mukhlis Minghat, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (BN) dan Muhammad Ariff Adly Mohammad (Bebas).

Pengumuman nama-nama calon bertanding di DUN Telok Mas pada PRN Melaka itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi DUN Telok Mas, Dr Mohd Azam Ahmad, di pusat penamaan calon (PPC) di Kompleks Komuniti Desa (KKD) DUN Telok Mas selepas tempoh pencalonan tamat pada 10 pagi Isnin.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, kerusi DUN Telok Mas dimenangi Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu) dengan majoriti 1,288 undi.

Proses penamaan calon berjalan dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat, dengan melarang perhimpunan dan perarakan penyokong bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 dengan hanya calon, pencadang dan penyokong calon dibenarkan masuk ke PPC, bagi mengemukakan kertas pencalonan.

SPR menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November dan undi awal pada 16 November.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lepas susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas). - Bernama

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!