X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

[VIDEO] PRN Melaka: Calon dibenar kempen melalui kenderaan

Abdul Ghani semasa sidang akhbar pada Isnin.
A
A

SHAH ALAM - Calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dibenarkan untuk berkempen melalui kenderaan yang dipasang dengan alat pembesar suara pada waktu yang ditetapkan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, begitupun calon perlu mendapatkan permit daripada pihak polis.

Menurutnya, kenderaan yang dipasang alat pembesar suara tidak dibenarkan berhenti di sepanjang laluan untuk menyampaikan ceramah.

“Tempoh masa dan lokasi untuk berkempen adalah tertakluk kepada permit yang diluluskan oleh pihak polis.

“Untuk berkempen ini, ikut kreativiti calon. Dia nak bergerak sendiri ke atau melalui suara sahaja yang keluar. Itu tertakluk kepada mereka,” katanya semasa sidang akhbar pada Isnin.

Mengulas lanjut, Abdul Ghani berkata, bagi mematuhi penjarakan fizikal, ceramah yang menghimpunkan orang ramai adalah tidak dibenarkan.

Jelas beliau, begitu juga aktiviti ziarah oleh calon atau penyokong parti ke rumah-rumah pengundi dan aktiviti walkabout juga tidak dibenarkan.

“Calon boleh memaksimumkan kaedah kempen menggunakan medium dalam talian atau melalui saluran media massa dan media sosial.

"SPR berharap agar aktiviti berkempen yang dibenarkan akan berjalan dengan suasana yang penuh harmoni dan mengikut undang-undang serta peraturan-peraturan yang ditetapkan," ujarnya.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!