Serangan peribadi: Dira yakin rakyat Melaka pilih yang terbaik

Tangkap layar Twitter Dira Abu Zahar
Tangkap layar Twitter Dira Abu Zahar
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira enggan melayan tindakan pihak tertentu yang cuba menjatuhkan beliau melalui serangan peribadi apabila menggunakan gambar lamanya untuk dijadikan mainan politik.

Beliau yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim berkata, tindakan terbabit disifatkan perkara biasa yang sering kali berlaku setiap kali kempen pilihan raya berlangsung.

Menurutnya, perjalanan harus diteruskan kerana rakyat Melaka yang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan sentiasa memilih yang terbaik.

“Hahaha biasalah itu, kita jalan terus! Janji rakyat Melaka akan pilih yang terbaik,” ciapnya di Twitternya pada malam Ahad.

Beliau berkata demikian mengulas ciapan @HermyRahim yang menyatakan bahawa Dira diserang secara peribadi dengan menggunakan gambar lamanya.

Menurut Helmy, serangan yang dilakukan adalah perbuatan kotor oleh sebahagian ahli politik.

“Wow Dira Abu Zahar kena serangan peribadi dengan gambar-gambar lama. Kotornya politik korang (kalian), apabila terkena dekat kalian nanti mula kata politik kotor dan sebagainya,” ujarnya.

Pada Sabtu, Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRN Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan pada sidang akhbar memaklumkan Dira adalah antara muka baharu yang ditampilkan BN bagi PRN Melaka kali ini.

Artikel Berkaitan:

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my