KPDNHEP Terengganu lupus barang rampasan

Zulfamy (kiri) menunjukkan antara barangan rampasan yang dilupuskan.
Zulfamy (kiri) menunjukkan antara barangan rampasan yang dilupuskan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Barangan tiruan seperti baju dan seluar, serta komputer bernilai RM210,000 antara barangan rampasan yang dilupuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu di sini, semalam.

Selain itu, barangan seperti vakum, minyak hitam, penapis air dan anti curi kereta turut dilupuskan di Stor Ekshibit KPDNHEP Chendering, tengah hari semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP negeri, Zulfamy Mat Udi berkata, kesemua barangan itu dirampas dan disita sepanjang tempoh 2016 hingga 2018.

“Kita melupuskan barangan ini selepas mendapat keizinan Timbalan Pendakwa raya dan ia melibatkan empat kes termasuk kesalahan perihal dagangan palsu di bawah Seksyen 8 (2) Akta Perihal Dagangan 2011.

“Selain itu, ia membabitkan kesalahan di bawah seksyen 25 (4) Akta Jualan langsung 1993, iaitu tiada penjual atau orang lain boleh menerima apa-apa wang atau balasan lain daripada pembeli kontrak yang dibuat di bawah akta ini sebelum habis tempoh bertenang,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sentiasa membuat pemantauan dan mengharapkan orang awam menyalurkan maklumat jika mengetahui berlakunya perbuatan tidak beretika peniaga seperti menjual barangan tiruan, menjual barangan dengan harga yang tidak patut atau kegiatan mengambil untung secara tidak munasabah.

Artikel Berkaitan: