X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

SPR bersedia sepenuhnya kendali proses penamaan calon esok

Petugas SPR, Nurul Farah Illyani Zulastry membuat persiapan sebelum berlangsungnya proses penamaan calon bagi PRN Melaka di Dewan Kasturi Japerun pada Ahad. - Foto Bernama
A
A

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah bersedia sepenuhnya untuk mengendalikan proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Isnin, kata Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh.

"Segalanya telah siap mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan diharapkan semuanya berjalan dengan lancar. Kita berhubung rapat dengan pelbagai pihak termasuk pihak meteorologi bagi ramalan cuaca dan bersedia sekiranya hujan pada waktu penamaan calon berlangsung," katanya kepada Bernama.

Tinjauan Bernama pada Ahad mendapati sesi simulasi proses penamaan calon menjadi sebahagian daripada aktiviti persediaan akhir petugas SPR di 28 Pusat Penamaan Calon (PPC) menjelang hari penamaan calon.

Persiapan lain yang dilaksanakan termasuk susun atur kedudukan calon, pencadang dan pegawai di dalam dewan mengikut SOP yang ditetapkan serta proses semakan borang, dokumen dan status insolvensi yang akan dikemukakan calon kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Mengikut peraturan SPR, proses penamaan calon berlangsung hanya satu jam iaitu bermula pada 9 hingga 10 pagi. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!