'Pelantikan Nor Azman, Idris belakangkan prinsip akta lompat parti'

Kenyataan media Mahasiswa Amanah Negara pada Ahad.
Kenyataan media Mahasiswa Amanah Negara pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pakatan Harapan (PH) perlu membuat penerangan segera berhubung pelantikan Datuk Nor Azman Hassan dan Datuk Seri Utama Idris Haron sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Mahasiswa Amanah Nasional dalam kenyataan memaklumkan, pendirian PH untuk menamakan dua calon yang melompat adalah satu langkah membelakangi prinsip asas yang memperjuangkan akta lompat parti.

“Perjuangan yang panjang ini tidak boleh dicemari dan ditutup atas nama strategi politik.

“Mahasiswa Amanah Nasional mendesak kepada pimpinan Parti Amanah Negara dan PH segera membuat penerangan berhubung rasional di sebalik keputusan menerima dua katak ini,” kata kenyataan tersebut pada Ahad.

Pada Sabtu, PH sah mencalonkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan sebagai calon gabungan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Idris akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan manakala Nor Azman di Pantai Kundor.

Dalam pada itu, Mahasiswa Amanah Nasional merasa terkilan dengan keputusan dan pendirian Parti Amanah Negara dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menamakan dua calon tersebut sebagai calon PRN dengan menggunakan bendera PH.

Artikel Berkaitan: