Polis kesan pelaku buang bahan kimia

Mohd Khalil (dua,kanan) beramah mesra dengan orang ramai yang hadir di karnival berkenaan.
Mohd Khalil (dua,kanan) beramah mesra dengan orang ramai yang hadir di karnival berkenaan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor telah membuka kertas siasatan berhubung kes pembuangan sisa kimia secara haram di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, sehingga kini usaha mengesan pihak atau individu yang melakukan jenayah tersebut juga sedang giat dijalankan.

“Walaupun Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah lalukan siasatan, kami ingin jelaskan polis juga membuat perkara yang sama. Kita nak kesan pelaku ini sebab membuang toksik seperti itu adalah jenayah.

“Dalam perkara ini, pelaku juga tidak mengambil kira kesihatan penduduk malah tidak bersalah merosakkan ekosistem sungai di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Karnival Hari Bertemu Pelanggan Polis Kontinjen Johor, di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN Pencemaran bahan kimia: Mangsa 79 orang, tiada kes baharu

Mohd Khalil berkata, berhubung kejadian yang berlaku itu, sebanyak lima laporan polis telah diterima pihaknya.

“Daripada hari kejadian, kita dah terima lima laporan polis yang dibuat oleh keluarga mangsa sendiri. Jadi kami memang memandang serius perkara ini, dan akan cuba selesaikannya secepat mungkin.

“Untuk petunjuk, saya tidak boleh dedahkan dulu, sebab kita pun sedang bekerjasama dengan JAS dalam perkara ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, beliau turut berharap orang ramai dapat membantu menyalurkan maklumat sekiranya melihat sebarang kejadian yang mencurigakan berlaku.

“Perkara ini penting jika orang terdekat dan sekeliling kawasan itu nampak benda yang pelik, terus laporkan sahaja, kita amat memerlukan maklumat.

"Bila ada sumber macam ini, sekurang-kurangnya nanti kita dapat juga kesan cara kegiatan atau pun jenis lori apa yang digunakan," katanya.

Katanya kes akan disiasat mengikut Seksyen 278 dan 284 Kanun Keseksaan.