Idris, Mohd Amar dan Ahmad Samsuri kekal Naib Presiden Pas

Dari kiri: Idris, Mohd Amar dan Ahmad Samsuri
Dari kiri: Idris, Mohd Amar dan Ahmad Samsuri
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Tiga Naib Presiden Pas berjaya mempertahankan jawatan masing-masing apabila diumumkan sebagai pemenang dalam pemilihan Muktamar Pas kali ke-67 sesi 2021-2023 pada Ahad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad mendapat 1,164 undi, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; 956 undi dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; 778 undi.

Bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang bertanding merebut jawatan itu pula mendapat 623 undi.

Keputusan pemilihan diumumkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilih, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.

Muktamar Pas kali ke-67 sesi 2021-2023 diadakan selama dua hari bermula 6 November di Duyong Marina & Resort di sini dengan pengundian dilakukan secara e-voting.
Muktamar Pas kali ke-67 sesi 2021-2023 diadakan selama dua hari bermula 6 November di Duyong Marina & Resort di sini dengan pengundian dilakukan secara e-voting.

Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden Pas manakala Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man juga mengekalkan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden.

Kedua-dua pemimpin utama Pas itu disahkan menang tanpa bertanding selepas tiada calon bertanding untuk merebut jawatan tersebut dalam pemilihan jawatankuasa tertinggi Pas pada Muktamar kali ke-67.

Muktamar Pas kali ke-67 sesi 2021-2023 diadakan selama dua hari bermula 6 November di Duyong Marina & Resort di sini dengan pengundian dilakukan secara e-voting.

Artikel Berkaitan:

Muktamar yang mengangkat tema ‘Islam Menyatukan Ummah’ disertai seramai 1,546 perwakilan dengan 694 daripadanya mengikuti secara langsung dari Duyong Marina & Resort manakala baki seramai 852 orang mengikutinya dari negeri masing-masing.

Selain jawatan utama, seramai 18 Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat baharu turut diumumkan iaitu:

Muhammad Khalil Abdul Hadi -884

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor -877

Kamaruzaman Mohamad -872

Senator Ir Khairil Nizam Khirudin - 844

Dr Riduan Mohd Nor - 841

Datuk Iskandar Abdul Samad - 822

Dr Halimah Ali - 774

Datuk Dr Mohamad Fadzli Hassan -736

Datuk Marzuk Shaari - 707

Datuk Mohd Nassuruddin Daud -706

Dr Najihatussalehah Ahmad -695

Datuk Siti Zailah Mohd Yusof -688

Dr Azman Ibrahim - 679

Nasrudin Hassan Tantawi -645

Datuk Ahmad Amzad Hashim -615

Dr Ali Akbar Gulasan - 613

Datuk Dr Mahfodz Mohamed -609

Dr Rosni Adam -609