Mencapai kesaksamaan jantina: Lelaki harus sokong wanita

Kajian terkini IPSOS tentang Hari Wanita Antarabangsa

No Image Caption
A
A
A
WALAUPUN masih jauh, perubahan sikap ke arah yang lebih baik telah dapat dilihat. Dua pertiga warga seluruh dunia (Malaysia 73%) mengatakan bahawa mencapai kesaksamaan jantina adalah penting bagi mereka secara peribadi dan ia hanya akan berlaku sekiranya lelaki mengambil tindakan untuk menyokong wanita. Kami (seluruh dunia dan Malaysia 50%) percaya bahawa wanita muda generasi kini akan mempunyai kehidupan yang lebih baik daripada generasi ibu bapa mereka.

Secara global 65% (Malaysia 73%) percaya bahawa wanita tidak akan mencapai kesaksamaan di negara mereka melainkan lelaki mengambil tindakan untuk menyokong hak wanita juga. Walau bagaimanapun, orang berbeza pendapat sama ada terlalu banyak diharapkan lelaki untuk membantu memperjuangkan kesaksamaan: 43% (Malaysia 60%) bersetuju bahawa lelaki diharap melakukan terlalu banyak perkara.

Di kebanyakan negara, penjagaan anak tidak lagi dilihat sebagai khusus untuk wanita; tiga perempat di seluruh dunia (75%) tidak bersetuju bahawa lelaki yang tinggal di rumah untuk menjaga anak-anaknya adalah kurang kelelakiannya berbanding hanya satu dalam lima (18%) yang bersetuju. Tiga perempat orang di seluruh dunia (75%) mengatakan mereka selesa mempunyai bos wanita. Hanya 17% mengatakan mereka merasa tidak selesa.

Namun begitu, wanita masih menghadapi isu-isu yang ketara. Tiga daripada sepuluh orang di seluruh dunia (30%) memilih gangguan seksual sebagai isu utama yang dihadapi oleh wanita, hal ini selari dengan penemuan pada tahun 2018 apabila angkanya 32%.

Di peringkat global, tindakan utama yang orang merasakan akan membantu mencapai kesaksamaan antara lelaki dan wanita adalah majikan yang membayar gaji yang sama kepada wanita dan lelaki untuk pekerjaan yang sama (36%) dan undang-undang yang lebih berat untuk mencegah keganasan dan gangguan terhadap wanita (35%).

Bos wanita

Pendidikan adalah bidang yang dirasakan akan mencapai kesaksamaan terlebih dahulu dan kerajaan/politik pula bidang yang terakhir.

Orang masih merasakan lebih mudah menjadi lelaki daripada wanita dalam masyarakat hari ini.

Di peringkat global, separuh (52%) percaya terdapat lebih banyak kelebihan menjadi lelaki berbanding wanita dalam masyarakat hari ini. Lebih daripada satu dalam sepuluh (12%) percaya bahawa wanita mempunyai lebih banyak kelebihan daripada lelaki manakala satu perempat (26%) percaya tidak ada perbezaan antara lelaki dan wanita. Di negara-negara Asia ia lebih tinggi, di mana rakyat Malaysia (36%) percaya tidak ada perbezaan antara lelaki dan wanita, dan hampir separuh percaya dorongan untuk kesaksamaan jantina belum mencukupi

Artikel Berkaitan:

Lebih ramai orang tidak bersetuju (49%) daripada bersetuju (42%) bahawa langkah-langkah yang diambil mengenai isu memberi kesaksamaan wanita mencukupi. Sikap terhadap kelelakian berubah - penjagaan anak tidak lagi dilihat sebagai pekerjaan wanita dan kebanyakan mengatakan mereka merasa selesa dengan bos wanita

Di kebanyakan negara, penjagaan anak tidak lagi dilihat sebagai khusus untuk wanita; tiga perempat di seluruh dunia (75%) tidak bersetuju bahawa lelaki yang tinggal di rumah untuk menjaga anak-anaknya adalah kurang kelelakiannya berbanding hanya satu dalam lima (18%) yang bersetuju.

75% orang di seluruh dunia mengatakan mereka selesa mempunyai bos wanita. Hanya 17% mengatakan mereka merasa tidak selesa. Lelaki lebih berkemungkinan untuk mengatakan bahawa mereka akan merasa tidak selesa jika bos mereka wanita (20%) berbanding wanita (14%). Ketidakselesaan dengan bos wanita meningkat dalam kalangan orang di Malaysia (28%), sementara orang di negara-negara Eropah paling tidak berkemungkinan mengatakan mereka akan merasa tidak selesa.

Gangguan seksual, keganasan seksual, keganasan fizikal, gaji yang sama dan penderaan rumah tangga masih dilihat sebagai isu-isu utama yang dihadapi wanita di seluruh dunia.

Tiga daripada sepuluh orang di seluruh dunia (30%) memilih gangguan seksual sebagai isu utama yang dihadapi oleh wanita, hal ini selari dengan penemuan pada tahun 2018 apabila angkanya 32%. Rakyat Malaysia (40%) lebih berkemungkinan berhadapan dengan gangguan seksual sebagai isu utama yang dihadapi wanita diikuti oleh diskriminasi di tempat kerja, keganasan seksual dan mengimbangi kerja dan kehidupan.

Pendidikan

Kesaksamaan gaji dan undang-undang yang lebih berat untuk menghentikan keganasan dan gangguan terhadap wanita dilihat sebagai kunci untuk membantu mencapai kesaksamaan jantina. Dan sementara langkah sedang dibuat untuk menghentikan diskriminasi jantina dalam pendidikan, orang kurang yakin tentang kemajuan yang dibuat dalam kerajaan dan politik

Pendidikan adalah penting di mana 70% rakyat Malaysia yakin bahawa diskriminasi terhadap wanita akan berakhir dalam masa 20 tahun. ‘Kerajaan/Politik’ dan ‘Menjaga Kanak-kanak dan Rumah’ adalah dua kategori di mana rakyat Malaysia yakin kemajuan bagi kaum wanita akan meningkat.

“Dunia yang seimbang akan membawa kepada dunia yang lebih baik. Malaysia sedang maju ke arah yang lebih baik dengan mewujudkan persekitaran yang lebih seimbang bagi wanita di tempat kerja, melalui inisiatif seperti menggalakkan 30% wanita menjadi ahli lembaga pengarah, melanjutkan cuti bersalin kepada ibu dan bapa dan pilihan waktu bekerja yang fleksibel,” kata Pengarah Urusan Ipsos Malaysia, Arun Menon.

Walau bagaimanapun, kita jauh dari mencapai kesaksamaan untuk kategori ‘Menjaga anak dan rumah’ dan ‘Peranan wanita dalam politik’. Adalah tidak adil untuk menganggap bahawa lelaki diharap terlalu banyak untuk menyokong kesaksamaan, apabila kita tahu ia tidak akan tercapai tanpa sokongan lelaki.

Selain daripada kesaksamaan, ia adalah sangat mengejutkan untuk mengetahui hanya 4 daripada 10 rakyat Malaysia percaya gangguan seksual adalah isu terbesar yang dihadapi wanita di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa masih banyak perkara yang harus dilakukan dan kita tidak boleh menganggap pencapaian kita adalah pada tahap yang baik.”

* Kajian lapangan ini dilakukan pada Jumaat, 21 Disember 2018 hingga Jumaat, 4 Januari 2019. Kira-kira 1000+ individu menyertai mengikut negara melalui Panel Dalam Talian Ipsos kecuali Argentina, Belgium, Chile, Colombia, Hungary, India, Malaysia, Mexico, Belanda, Peru, Poland, Rusia, Serbia, Afrika Selatan, Selatan Korea, Sweden dan Turki, di mana masing-masing mempunyai sampel kira-kira 500+.