Zii Jia mara perlawanan akhir Terbuka Hylo

Zii Jia
Zii Jia
A
A
A

JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mara ke perlawanan akhir Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman, selepas menewaskan pemain India, K Srikanth dalam aksi separuh akhir pada Ahad.

Zii Jia yang berusia 23 tahun juga pilihan kedua kejuaraan tidak berdepan masalah menewaskan pemain berstatus nombor 14 dunia berusia 28 tahun kelahiran Guntur itu 21-19, 22-20 dalam tempoh 44 minit.

Kemenangan itu menyaksikan atlet kelahiran Alor Setar yang juga pemain ranking nombor empat dunia tersebut akan membuat perhitungan menentang bintang sensasi dari Singapura, Loh Kean Yew di pentas perlawanan akhir.

Kean Yew pemain kelahiran Pulau Pinang yang juga berstatus ke-39 dunia itu mara ke pentas akhir selepas menjinakkan seorang lagi pemain India, Lakshya Sen 21-18, 21-12.

Untuk rekod pentas kejuaraan bertaraf Super 500 itu juga bakal menyaksikan Zii Jia berpeluang cerah meraih kejuaraan kedua tahun ini selepas menjuarai Seluruh England.

Artikel Berkaitan: