Lorong Seni Seremban tarikan baharu pelancongan

Masri (kanan) mendengar penerangan mengenai lukisan mural genre realistik dari pelukis seni mural T K Lai ketika meninjau persekitaran Lorong Seni Seremban pada Sabtu - Foto Bernama
Masri (kanan) mendengar penerangan mengenai lukisan mural genre realistik dari pelukis seni mural T K Lai ketika meninjau persekitaran Lorong Seni Seremban pada Sabtu - Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Lorong Seni Seremban akan dijadikan sebagai produk pelancongan baharu di Negeri Sembilan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Razali berkata, terdapat lebih 30 lukisan mural berkonsepkan pelbagai genre, 'graffiti', 'doodle', 'avant-garde', poster, lukisan warisan dan beberapa elemen lain yang turut dijadikan tema lukisan mural di Lorong Seni ini.

Beliau berkata, lukisan mural ini membabitkan enam pelukis tempatan bagi mendapatkan sentuhan lukisan yang kreatif, cantik dan menarik.

"Projek membangunkan Lorong Seni ini adalah sebagai salah satu inisiatif untuk mewujudkan lorong di laluan belakang ini selamat serta selesa untuk dilalui terutamanya pejalan kaki.

Masri (kiri) turut mencuba melukis mural di dinding laluan belakang kini dikenali Lorong Seni Seremban.
Masri (kiri) turut mencuba melukis mural di dinding laluan belakang kini dikenali Lorong Seni Seremban.

"Menerusi paparan mural cantik di dinding-dinding sepanjang lorong berkenaan, kita ingin menyampaikan mesej untuk menentang stigma negatif terhadap lorong belakang melalui seni graffiti," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Mural di Lorong Seni pada Sabtu.

Dalam pada itu, Masri turut memberitahu, kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi projek lorong seni terpanjang dan bazar Perpatih sebagai pusat informasi pelancongan.

Jelasnya, projek yang bermula sejak 20 Ogos lalu dijangka siap pada 26 November ini meliputi kerja-kerja mengecat mural, pendawaian lampu jalan dan lampu hiasan, menaiktaraf tandas awam di bazar Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sebagai kemudahan kepada pengunjung.

Artikel Berkaitan:

"MBS akan membuat permohonan mengenai Lorong Seni Seremban untuk dicatatkan dalam 'Malaysia Books Of Records' sebagai Lorong Seni Terpanjang di Malaysia," ujarnya.

Laluan belakang di Bandar Seremban dilukis mural sebagai Lorong Seni Seremban.
Laluan belakang di Bandar Seremban dilukis mural sebagai Lorong Seni Seremban.

Sementara itu, beliau berkata, dalam usaha merancakkan ekonomi di kawasan terbabit, pengisian di lorong-lorong belakang adalah sangat-sangat digalakkan dengan aktiviti jualan, hiburan dan riadah selain kawasan berkenaan akan diterangi dengan lampu-lampu hiasan bagi menjadikannya indah serta selamat di waktu malam.

Jelasnya, Lorong Seni ini juga menjadi satu laluan pintas yang menarik dan praktikal bagi meningkatkan tahap 'walkability' dan 'accesibility' serta merendahkan karbon serta suhu dalam bandar.

Tambahnya, selain kerajaan negeri, pihaknya juga akan menerima peruntukkan sebanyak RM500,000 di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi kerja-kerja menaik taraf longkang dan jalan di Lorong Seni Seremban agar lebih cantik dan menarik.