KDA 'terbang' tinggi di Kota Bharu

Antara aksi menarik perlawanan Kelantan United menentang KDA di Kota Bharu. FOTO: Kelantan United FC
Antara aksi menarik perlawanan Kelantan United menentang KDA di Kota Bharu. FOTO: Kelantan United FC
A
A
A

KEDAH Darul Aman (KDA) meneruskan momentum positif saingan Piala Malaysia apabila menjinakkan Kelantan United 3-1 dalam perlawanan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Anak buah Aidil Sharin Sahak terlebih dulu di depan hasil jaringan minit ke-32 daripada Mohd Syazwan Zainon sebelum kapten Hijau Kuning, Baddrol Bakhtiar melebarkan kedudukan pada minit ke-35.

Bersambung babak kedua, Kelantan United kembali memperkemaskan permainan berjaya mengurangkan defisit menerusi jaringan Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi pada minit ke-72.

Usaha tuan rumah untuk bangkit tidak kesampaian apabila Hijau Kuning kembali melebarkan kedudukan pada minit ke-85 menerusi Mohamad Fayadh Mohd Zulkifli Amin untuk kedudukan 3-1.

Tiga mata di Kota Bharu itu menyaksikan KDA kini mengumpul 15 mata mata manakala Kelantan United pula satu mata selepas masing-masing mengharungi lima perlawanan Kumpulan C.

Artikel Berkaitan: