Harimau Selatan garang, Sabah hidupkan peluang

Antara aksi menarik perlawanan JDT menentang PJ City di Petaling Jaya. FOTO: Johor Southern Tigers
Antara aksi menarik perlawanan JDT menentang PJ City di Petaling Jaya. FOTO: Johor Southern Tigers
A
A
A

JUARA Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengekalkan momentum positif saingan Piala Malaysia apabila bangkit menjinakkan PJ City 2-1 dalam perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini.

Anak buah Benjamin Mora yang sudah pun mengesahkan slot suku akhir bagaimanapun terlebih dulu ketinggalan apabila skuad kendalian P Maniam bermula garang dengan meledak gol awal pada minit ke-11.

Gol dijaringkan V Ruventhiran yang berjaya merampas bola dari Adam Nor Azlin sebelum menewaskan penjaga gol pelawat Farizal Marlias.

Kedudukan itu tidak kekal lama apabila Bergson Da Silva menyamakan kedudukan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-14 selepas Arif Aiman Hanapi dikasari pemain pertahanan tuan rumah.

Gol itu ternya menyuntik semangat para pemain Harimau Selatan untuk mengasak kubu The Phoenix yang akhir diterjemahkan Mauricio Nascimento pada minit ke-29.

Tiga mata diperolehi Harimau Selatan memperkukuhkan kedudukan teruju kumpulan D dengan 15 mata manakala The Phoenix kedua dengan lima mata selepas masing-masing mengharungi lima perlawanan.

Sementara itu di Kota Kinabalu, Sabah FC bangkit ketinggalan satu gol untuk mengatasi Kelantan FC 2-1 dalam perlawanan di Stadium Likas.

Anak buah Datuk Ong Kim Swee terlebih dulu ketinggalan hasil jaringan awal minit kelima pemain The Red Warriors, Che Mohd Safwan Hazwan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun The Rhinos yang tidak mengalah memperkemaskan permainan menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti penyerang Mohd Amri Yahya minit ketujuh untuk kedudukan 1-1 babak pertama.

Bersambung babak kedua kedua-dua saling mengasak bagi mencari gol kemenangan, namun terus menemui kebuntuan sehingga Mohd Sahrizan Saidin muncul wira tuan rumah.

Tandukan Mohd Sahrizan pada minit ke-91 sudut cukup menyalakan kembali semangat tuan rumah dalam pemburuan slot suku akhir.

Kemenangan pertama itu menyaksikan The Rhinos kini mengumpul lima mata manakala The Red Warriors pula dua mata selepas masing-masing mengharungi lima perlawanan Kumpulan D.